PPD sedang dimuktamad, PM pantau pelaksanaan RMK-12

October 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) di bawah penyelarasan Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memastikan pencapaian hasil yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PPD itu akan menjajarkan strategi dan inisiatif dengan petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian serta agensi penyelaras dan pelaksana yang bertanggungjawab.

Tambahnya, bagi memastikan pelaksanaan RMK-12 berjalan rapi, beliau sendiri akan memantau dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemantau yang pertama.

“PPD ini akan disiapkan pada November ini. Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saya sendiri untuk memantau pelaksanaan RMK-12 dengan rapi.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemantauan yang pertama pada pertengahan November ini,” katanya ketika membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut mengalu-alukan maklum balas daripada semua Ahli Dewan Negara berhubung cadangan pelaksanaan dasar dan strategi RMK-12.

Perdana Menteri berkata, biarpun ada pihak yang ragu-ragu dengan pencapaian sasaran RMKe-12, beliau yakin matlamat itu akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademi, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), wakil rakyat serta rakyat.

“Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pegawai kerajaan yang bekerja keras dalam penyediaan RMK-12 ini. Saya juga menyeru supaya usaha yang lebih jitu dan tersusun dapat diteruskan bagi memantau serta melaksana semua strategi dan inisiatif di bawah RMK-12,” katanya lagi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau merangkumkan tiga tema, empat pemangkin dasar dan 14 pemacu perubahan yang terkandung dalam RMK-12 bawah sembilan fokus utama.

Fokus berkenaan merangkumi, Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi; Memperkukuh Pemangkin Pertumbuhan; Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia; Memantapkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam; Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan; Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia; Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun; Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau; dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Memastikan Pelaksanaan Dasar yang Berkesan.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok