Poster perutusan khas PM berhubung Covid-19 palsu, kata MKN

Poster mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang tular dalam media sosial adalah palsu, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penyebaran mesej dan poster tular tersebut digesa dihentikan, ia kononnya Muhyiddin akan bersiaran secara langsung bagi memberi perutusan khas berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini.

MKN menerusi Telegram meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu.

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” kata MKN.

Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas COVID-19, pukul 9 malam dimuat naik dalam beberapa platform media sosial sejak pukul 3 petang ini.

Turut dimaklumkan perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro AWANI, BERNAMA, TV3 dan RTM.

 

BERITA BERKAIT
POPULAR