Populasi dewasa terima dos penggalak kini 64.9 peratus

March 13, 2022 · Isu semasa

Seramai 15,259,493 individu dewasa atau 64.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNOW, sejumlah 22,934,341 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,210,853 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut laporan Bernama.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,144,379 individu atau 32.2 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,836,325 individu atau 91.2 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,936,489 atau 94.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,688 dos vaksin diberikan meliputi 25,471 dos pertama, 1,047 dos kedua dan 20,170 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,113,082.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 77 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Pulau Pinang tertinggi iaitu 12 kes, diikuti Selangor dan Kelantan masing-masing dengan 11 kes.

Kedah merekodkan sembilan kes, Johor (lapan), Perak (tujuh), Perlis dan Terengganu masing-masing dengan empat kes, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing dengan tiga kes, Sabah (dua) serta Sarawak, Pahang dan Melaka masing-masing dengan satu kes.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
57 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok