Populasi dewasa lengkap vaksin sudah 90.4 peratus

October 12, 2021 · Isu semasa

Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini melebihi 90 peratus iaitu 90.4 peratus atau 21,154,357 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal CovidNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,200,207 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 184,486 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam bagi golongan dewasa membabitkan 52,302 dos pertama dan 132,184 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 45,835,200.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 283,023 atau 9.0 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin.

Sementara itu, 64.4 peratus remaja atau 2,310,495 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok