Polis tutup SJR sempadan negeri tengah malam ini: KPN

October 10, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menamatkan semua sekatan jalan raya (SJR) mulai tengah malam ini susulan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang lengkap vaksinasi untuk merentas negeri mulai esok.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun SJR di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Op Bentang dan SJR cegah jenayah dan keselamatan akan dikekalkan.

“Susulan pengumuman kerajaan bahawa aktiviti rentas negeri bagi golongan lengkap divaksinasi dibenarkan bermula 11 Oktober 2021, PDRM akan menutup SJR di sempadan negeri mulai tengah malam ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, walaupun SJR sudah tiada, PDRM akan menggerakkan anggotanya bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak berkuasa secara rawak di lokasi tumpuan umum,” katanya.

Menurut Acryl Sani, pemeriksaan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 198.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang diberikan dan sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi bagi mengelak penularan Covid-19 kembali meningkat.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri berkuat kuasa esok bagi individu yang lengkap menerima vaksin sahaja.

“Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok.

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus,” kata Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
6 jam lalu· Politik
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
19 jam lalu· Isu semasa
Tiga lagi individu dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan anti-Zahid
September 20, 2023· Isu semasa
Gangguan terhadap peserta himpunan aman langgar Perlembagaan: HAKAM
September 19, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok