Polis tumpaskan sindiket dadah jadikan but kereta tempat simpanan

September 9, 2022 · Isu semasa

Cubaan satu sindiket pengedaran dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan but kereta sebagai stor simpanan dadah di lot parkir sebuah kondominium mewah terbongkar apabila polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan di sini, kelmarin.

Hasil serbuan tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM100,000 dan menyita sebuah kereta jenis Nissan Sentra di lot parkir di sebuah unit kondominium disewa oleh anggota sindiket berkenaan di Jalan Ampang, menurut laporan Bernama.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah, berkata dalam serbuan pertama jam 1.40 tengah hari di sebuah unit kondominium itu, polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah beg mengandungi satu ketulan mampat ganja seberat 1.03 kilogram (kg), 6.34 gram syabu dan 110 biji pil ekstasi.

Katanya, hasil soal siasat, dua suspek itu kemudian membawa polis ke tempat parkir di aras dua kondominium dan hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemukan 45 balutan mengandungi ketulan mampat ganja seberat lebih 44kg dalam but kereta berkenaan.

“ Susulan soal siasat lanjut, polis menahan seorang lagi lelaki, diperayai orang kanan sindiket dadah itu berhampiran kawasan rumah setinggan di Sentul pada hari yang sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua rampasan dadah itu dianggar bernilai RM115,490 dan percaya sindiket itu aktif sejak November lepas.

Ashari berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu mendapat bekalan dadah dari Thailand dan dijual secara dalam talian kepada pelanggan tetap mereka di sekitar Kuala Lumpur.

“Mereka tidak membuat jualan langsung seperti kes-kes biasa. Sebaliknya, berhubung secara dalam talian dan hanya menjualnya kepada pelanggan tetap dalam kuantiti yang banyak serta berkemungkinan ia turut diedar di pusat-pusat hiburan tertentu di ibu negara,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 31 dan 32 tahun itu mempunyai rekod jenayah selain turut positif dadah dan seorang daripada mereka adalah orang yang dikehendaki polis.

Kesemua mereka direman lima hari sehingga 11 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta sama, katanya.

Ashari berkata polis yakin ada ketua sindiket dan sedang mengesan mereka yang terbabit.

Berita berkaitan
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu· Isu semasa
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
17 jam lalu· Politik
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok