Polis tumpas sindiket antarabangsa edar dadah guna krayon melukis

May 17, 2022 · Isu semasa

Tindakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyembunyikan dadah dalam peralatan mewarna krayon sebelum dihantar melalui syarikat kurier ke luar negara, berjaya dibongkar polis susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di tepi jalan di George Town, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata ekoran penahanan lelaki berusia 25 tahun pada 11.30 malam itu, polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.

Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Lebuh Sungai Pinang di sini dan merampas syabu seberat 1.02 kilogram (kg) serta ketamin 77 gram (g) bernilai RM48,636, dan pelbagai peralatan membungkus semula dadah.

“Berdasarkan siasatan, sindiket itu membungkus semula syabu di dalam batang-batang krayon berwarna dengan memotong bahagian bawah krayon itu dan mengisinya dengan dadah seberat tujuh gram bagi setiap satu batang krayon.

“Setiap bungkusan yang mengandungi 48 batang (krayon) dengan lebih 300g dadah bernilai RM30,000, akan dihantar ke luar negara menggunakan syarikat kurier. Difahamkan dadah tersebut jika dijual di luar negara harganya lebih dua kali ganda nilai pasaran kita,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM34,000 dari penganggur itu, yang didapati positif dadah.

Sementara itu, Soffian berkata polis berjaya menumpaskan makmal mini memproses dadah dan menghasilkan campuran methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam minuman paket segera, selepas menyerbu sebuah rumah dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 13 Mei lepas di Jelutong, di sini.

“Polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun sebelum menyerbu rumah sewa yang dijadikan makmal memproses dadah, dan susulan serbuan tersebut kami merampas serbuk MDMA seberat 3.32 kg yang yelah diisi dalam 97 paket minuman segera seperti kopi dan teh tiga dalam satu, serta jus buah-buahan.

“Kami turut merampas ketamin sebanyak 67.43g, syabu (18g), pil eramin 5 (160 biji) serta pil ekstasi sebanyak 24 biji, yang kesemuanya termasuk MDMA bernilai RM180,860,” katanya.

Soffian berkata sindiket itu dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah sejak bulan Mac lepas, serta usaha mengesan rangkaian sindiket tersebut giat dijalankan.

“Dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM31,000 dan wang tunai sebanyak RM2,120 daripada lelaki yang positif dadah, serta mempunyai pelbagai rekod lampau,” katanya.

Menurutnya lelaki yang tidak bekerja itu direman sehingga 18 Mei, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Kanun Keseksaan. – Bernama

Berita berkaitan
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
June 24, 2022· Isu semasa
Rizab antarabangsa BNM bernilai AS$109.2 bilion pada 15 Jun
June 22, 2022· Isu semasa
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
25 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
57 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok