Polis tidak ambil kira ujian kedua dibuat sendiri ADUN Pasir Bedamar

January 20, 2022 · Isu semasa

Polis tidak boleh mengguna pakai ujian kedua air kencing yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Perak Terrence Naidu setelah ujian pertama didapati positif dadah ketika ditahan di sebuah pusat hiburan di Perai, 13 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata menjadi hak ADUN terbabit untuk melakukan ujian kedua air kencingnya.

“Berdasarkan laporan berita, beliau telah membuat ujian kedua air kencingnya di sebuah klinik swasta dan ia negatif. Itu adalah haknya (untuk buat ujian kedua), siasatan kami berdasarkan keputusan patologi yang dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga tiga bulan.

“Polis masih menunggu laporan patologi sampel air kencing ADUN itu bagi memastikan sama ada ia negatif atau positif, selepas dapat keputusan baru kita tahu macam mana (negatif atau positif), kami juga sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Menurutnya, polis tidak boleh menguna pakai keputusan tersebut, walaupun ujian kedua air kencing yang dibuat oleh lelaki berusia 54 tahun itu, negatif.

Sebelum ini, ADUN DAP itu mendakwa ujian kedua air kencing yang dilakukan di sebuah klinik swasta – Klinik 02 di Pulau Pinang didapati negatif.

Peguamnya Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan hari ini dilaporkan berkata ujian itu dilakukan pada 15 Januari lalu, sehari selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis dan berdasarkan perkembangan tersebut, siasatan lanjut perlu dibuat oleh pihak polis dengan kadar segera, demi kepentingan dan keadilan kepada Terence.

Mengulas lanjut, Mustafa Kamal berkata polis memang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu termasuk laporan polis dibuat ADUN tersebut, yang mendakwa minumannya telah dicampur dengan dadah dan ditambah ketika beliau ke tandas di ruang karaoke.

“Polis menjalankan siasatan selengkap-lengkapnya sebelum kertas siasatan disiapkan, dihantar kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga masih menunggu laporan patologi 35 lagi individu, termasuk dua anggota polis yang turut positif ketika ditahan dalam serbuan jam 9 malam tersebut.

Dua anggota polis yang ditahan dalam serbuan itu adalah anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang.

Dalam serbuan kira-kira jam 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai itu, seramai 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi berkaitan kes jenayah.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok