Polis terima laporan lima individu hilang, bukan 16 hanyut di Bentong

Polis menafikan 16 individu dikatakan hanyut dalam kejadian di Telemong, Bentong, Pahang semalam, sebaliknya mengesahkan hanya lima laporan orang hilang diterima.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar meminta orang ramai berhenti daripada menyebarkan mesej dalam media sosial bagi mengelak kegusaran awam.

Semalam, tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook mendakwa 16 individu hanyut, 10 dapat diselamatkan, seorang meninggal dan lima masih hilang.

“Polis setakat ini hanya menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian di Telemong, Bentong di Kuantan, dan bukannya kehilangan 16 orang sebagaimana yang ditularkan oleh media sosial malam tadi.

“Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang, dan (polis) tidak pernah menyatakan bahawa 16 orang hanyut, itu adalah berita palsu. Berita berkaitan¬†

“Saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani mengesahkan laporan mengenai kehilangan lima individu dan operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan hari ini.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan untuk masuk ke tempat kejadian berkenaan sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

“Esok, pihak kami bersama beberapa agensi penguatkuasa lain akan membersihkan laluan tanah runtuh itu secara berperingkat.

“Selain itu, air yang naik di Telemong telah surut secara perlahan-lahan dan fokus kini adalah untuk memberi bantuan kepada mangsa terlibat,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR