Polis terima enam laporan berkait kenyataan Ramasamy

February 23, 2022 · Isu semasa

Polis menerima enam laporan berhubung kenyataan yang dimuat naik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy menerusi akaun Facebooknya, minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata hantaran bertarikh 13 Februari itu dikatakan bersifat provokatif dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya, lapor Bernama.

“Hantaran itu dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan istilah pengislaman unilateral, penculikan, manipulasi, paksaan dan ancaman dalam mengulas isu hak penjagaan anak-anak Loh Siew Hong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan Undang-Undang JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan golongan atau kaum.

Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 504 kanun sama kerana membuat kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Abd Jalil turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan selain cakna dan prihatin tehadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama serta kaum.

“Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara,” katanya.

Beliau berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tiga adik-beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan segera kepada ibu mereka iaitu Loh selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.

Berita berkaitan
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022· Isu semasa
PDRM menafikan laporan kewujudan akaun palsu FB libatkan anggota
August 6, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Apandi sudah diambil keterangan, kata Bukit Aman
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
7 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok