Polis terima 6 aduan isu kerajaan DAP Pulau Pinang kena tipu vaksin

Ketua polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan

Polis akan merakam percakapan beberapa saksi berhubung laporan yang diterima menyatakan mengenai sumbangan vaksin kepada Ketua Menteri Pulau Pinang adalah satu penipuan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata siasatan kes itu masih pada peringkat awal dan keterangan saksi daripada syarikat berkaitan serta daripada pejabat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, akan diambil.

Beliau berkata, pada 19 Mei lalu, polis Pulau Pinang menerima laporan bersabit kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menyatakan mengenai sumbangan vaksin kepada Ketua Menteri Pulau Pinang adalah penipuan.

“Ekoran daripada laporan polis tersebut satu siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di bawah Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini terdapat enam laporan polis telah dibuat oleh beberapa individu yang mewakili beberapa parti politik termasuk daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sahabudin berkata, modus operandi kes ini adalah suspek yang merupakan wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd dipercayai cuba untuk menipu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menawarkan dua juta dos vaksin Sinovac yang dipercayai tidak wujud.

Katanya, siasatan awal polis juga mendapati penulis surat yang menawarkan dua juta dos vaksin itu bukan pengarah urusan syarikat berkenaan, sebaliknya hanya wakil yang dilantik secara lisan.

Sebelum ini, Khairy membuat pendedahan itu setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima surat – yang sebenarnya surat itu ditulis oleh DAP Pulau Pinang sendiri – memohon kebenaran bagi membolehkan syarikat penderma membeli vaksin Sinovac untuk tujuan sumbangan kepada kerajaan Pulau Pinang.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy sudah tentu menjalankan siasatan kerana bimbang akan timbul masalah di kemudian hari, sebelum mendapati syarikat itu tidak wujud dan pengeluar Sinovac juga tidak pernah berurusan dengan pihak berkenaan.

Susulan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ‘melompat’ kemarahan kerana menuduh kerajaan negeri kena tipu.

Kerana malu kena scam, bermulalah episod tuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat oleh Guan Eng sehingga mengeluarkan cacian kepada Khairy, sementara Kon Yeow pula mencari salah syarikat berkenaan.

POPULAR