Polis tembak tayar kereta dipandu warga asing

April 3, 2022 · Isu semasa

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu lelaki warga asing selepas cuba dirempuh di Jalan Sungai Buloh menghala Subang dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam (2 April 2022).

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun meloloskan diri dengan memecut Proton Wira Aeroback meninggalkan lokasi kejadian sebelum dikejar dan ditahan polis di kawasan Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata suspek kemudian ditahan dengan bantuan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Petaling Jaya dan Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Sungai Buloh.

“Turut dirampas kereta suspek bagi membantu siasatan. Sebelum itu, anggota polis menahan kereta suspek kerana berada dalam keadaan mencurigakan di Damansara.

“Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, suspek memecut kenderaan dan cuba merempuh anggota terbabit. Lelaki itu berjaya melarikan diri dan dikejar kereta peronda polis. Hasil hebahan polis, kita menahan suspek di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek direman empat hari mengikut Seksyen 307 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Ia masing-masing kerana cubaan bunuh polis, ingkar perintah polis ketika ditahan untuk pemeriksaan, melarikan diri dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta perjalanan sah.

Semalam, sebuah video berdurasi seminit 14 saat tular di media sosial memaparkan kejadian sebuah MPV polis mengejar kereta di sebuah kawasan perumahan.

Pemandu kereta itu kemudian dilihat menghentikan kenderaan sebelum keluar berlari dan dikejar polis hingga berjaya ditahan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok