Polis tembak mati perompak

June 20, 2022 · Isu semasa

Polis Kuala Lumpur menembak mati seorang suspek rompakan berusia 40 tahun dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara, pada Sabtu (18 Jun 2022).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata lelaki itu maut ditembak anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) ketika kejadian di sebuah kondominium di Taman Salak Selatan sekitar jam 10 malam.

“Semasa serbuan, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota kami. Bagi mempertahankan diri, anggota kami membalas tembakan dan suspek disahkan meninggal dunia kemudian.

“Sepucuk CZ 75 iaitu pistol separa automatik dan bom tangan didapati berada dalam simpanan suspek,” katanya pada sidang media hari ini.

Azmi berkata rompakan bersenjata berlaku pada 11 November tahun lepas, di mana tiga suspek termasuk si mati melarikan wang tunai dan barang kemas berjumlah kira-kira RM693,000 dari sebuah rumah di Tasik Sri Permaisuri, Cheras.

Mengenai rekod penjenayah itu, Azmi berkata lelaki terbabit sebelum ini ditahan kerana membunuh, samun bersenjata, memiliki senjata api haram, pecah rumah, melanggar perintah tahanan, membakar, ugutan jenayah dan pelbagai kesalahan dadah.

Susulan kejadian berbalas tembakan itu, Azmi berkata polis menangkap lapan lagi suspek dipercayai rakan penjenayah terbabit dalam beberapa operasi di sekitar Lembah Klang.

Semua yang ditahan adalah warga tempatan berumur antara 28 hingga 67 tahun.

Sepucuk pistol separa automatik CZ 75 lain turut dirampas dalam serbuan berikutnya.

“Berdasarkan siri tangkapan, kami telah berjaya menyelesaikan beberapa kes termasuk 15 kes samun yang sedang kami siasat,” katanya.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Kenderaan berat dilarang masuk KL semasa waktu puncak elak kesesakan
June 6, 2022· Isu semasa
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok