Polis tembak jatuh 4 dron ketika Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

August 31, 2022 · Isu semasa

Polis ‘menembak jatuh’ sekurang-kurangnya empat dron yang diterbangkan secara haram ketika sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini (Rabu 31 Ogos).

Pegawai Unit Operasi Dron Bukit Aman Inspektor Muhammad Faiz Shahabudin berkata pemilik dron itu akan disiasat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Kami berada di sini (Dataran Merdeka) hari ini untuk memastikan tiada dron persendirian diterbangkan di sekitar kawasan acara.

“Mana-mana dron yang diterbangkan tanpa permit akan ‘ditembak jatuh’ dan tindakan diambil terhadap (pemiliknya) oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya menurut laporan The Star.

Muhammad Faiz menambah, empat anggota unit itu ditempatkan di sekitar Dataran Merdeka di mana ramai tetamu kenamaan, termasuk Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, menghadiri perarakan Hari Kebangsaan.

Pada Isnin (29 Ogos), CAAM berkata langkah mengharamkan dron adalah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang akan melibatkan keselamatan awam atau meningkatkan risiko kemalangan melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang terbang dalam formasi rendah di kawasan itu.

Bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, sambutan Hari Kebangsaan kembali bertapak di Dataran Merdeka selepas berehat selama dua tahun.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
September 23, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok