Polis tangkap lapan lelaki, rampas ganja RM2.12 juta

June 13, 2022 · Isu semasa

Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lapan lelaki, termasuk dua warga Thailand, serta merampas 840 kilogram (kg) ganja bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, JSJN Bukit Aman bersama JSJN Pulau Pinang melancarkan operasi di kawasan perumahan di Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat Butterworth dan menahan tujuh lelaki.

“Dalam serbuan jam 1 pagi Jumaat itu, semua lelaki tersebut sedang memunggahkan ketulan-ketulan ganja dari sebuah lori ke sebuah rumah di situ sebelum polis merampas 848 ketulan mampat ganja seberat 840kg yang kesemuanya bernilai RM2.12 juta

“Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu geng sindiket tersebut di Simpang Ampat, juga di Nibong Tebal. Tiada sebarang rampasan dadah dibuat bersama suspek berkenaan.

“Semua suspek yang ditahan termasuk dua lelaki Thailand itu berusia 35 hingga 59 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Memetik Bernama Ayob berkata berdasarkan siasatan, rampasan dadah itu yang merupakan terbesar di Pulau Pinang pada tahun ini, membabitkan rangkaian penyeludup dari Thailand dan dadah untuk pasaran dalam negeri ini.

Ayub Khan berkata sindiket itu menyeludup masuk ganja dari Selatan Thailand iaitu Satun menerusi perairan Malaysia sebelum semua ganja tersebut disimpan di sebuah rumah yang dijadikan stor sindiket tersebut di Sungai Bakap.

Katanya siasatan mendapati sindiket terbabit aktif menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja itu sejak penghujung tahun lepas dan dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

“Ujian air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah,” katanya menambah ganja yang dirampas itu boleh digunakan seramai 1.68 juta penagih.

Susulan penahanan itu, polis turut menyita tiga kenderaan termasuk sebuah lori dengan kesemuanya bernilai RM80,000.

Kesemua lapan suspek direman tujuh hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Berita berkaitan
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Tanam pokok ganja, Yasin berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebat
June 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Lelaki mengamuk di lebuh raya di hantar ke Hospital Bahagia
June 17, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok