Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati

August 17, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita warga tempatan ditahan polis hari ini kerana disyaki mendera dan menyebabkan kematian anak saudara lelakinya berusia tiga tahun dalam kejadian di Kepong di sin, semalami.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, berkata, suspek berusia 40 tahun itu bekerja sebagai pengasuh mangsa dan abangnya yang berusia lima tahun, lapor Bernama.

Beliau berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan Sistem MERS 999 berkenaan kematian seorang kanak-kanak di sebuah pangsapuri di Kepong kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“Setibanya di lokasi, polis menemukan mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak lengkap berpakaian dan pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut, hidung, kesan merah bawah mata kiri, calar dan lebam di belakang badan serta siku kanan mangsa.

“Mangsa disahkan mati oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur dan polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beh berkata suspek mula menjaga mangsa sejak lahir dan punca mangsa didera dipercayai kerana menangis serta membuat bising keterlaluan.

Menurutnya suspek direman selama lima hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-4048 2206,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
‘Geng San Sentosa’ tumpas, polis rampas empat pistol
September 16, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Buruh binaan maut runtuhan konkrit tingkat 51 Oxley Tower
September 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ternak babi terbuka punca sumber air, pantai di Kuala Langat tercemar
4 minit lalu · Isu semasa
Cuepacs bantah tubuh Agensi Kawalan Sempadan: Adnan
27 minit lalu · Isu semasa
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
2 jam lalu · Isu semasa
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
18 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok