Polis tahan wanita bergelar ‘Datuk Seri’ menyamar pengarah di KDN

October 5, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang wanita bergelar ‘Datuk Seri’ kerana disyaki menyamar sebagai Pengarah Bahagian Kewangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang juga Setiausaha Bahagian KDN berhubung penularan video berkenaan.

“Menurut pengadu, dia menerima mesej aplikasi daripada kumpulan ‘Pegawai KDN’ bahawa terdapat satu pautan hantaran video dari laman sosial Facebook yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama ‘pseudoscience watch’ pada 3 September lalu.

“Pengadu kemudian membuka pautan itu dan melihat satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang mendakwa beliau dilantik sebagai Pengarah Kewangan KDN.

“Dalam mesej itu juga mengandungi tangkap layar laman sesawang KDN yang diubahsuai dengan menyatakan penama ‘Dato Sri Siti Nur Atiqah Baba’ sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN,” katanya dalam kenyataan, hari ini, menurut BH.

Wan Kamarul berkata, hasil siasatan dilakukan mendapati pengadu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Pegawai penyiasat sudah menghubungi pengadu dan memaklumkan dia akan hadir memberikan keterangan di IPD Sepang jam 9 pagi, hari ini.

“Hasil semakan dilakukan terhadap pautan itu mendapati terdapat satu rakaman video berdurasi satu minit 40 saat yang mendakwa bahawa dirinya dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

“Semalam dilakukan juga mendapati rakaman itu dimuat naik kira-kira 21 jam lalu dan menerima kira-kira 1,000 komen serta 50,600 tontonan,” katanya.

Beliau berkata, tujuan pengadu membuat laporan adalah bagi menafikan bahawa pihak KDN tidak pernah melantik mana-mana individu secara langsung sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN dan jawatan itu tidak pernah wujud.

“Susulan itu, suspek berusia 33 tahun ditahan oleh pihak IPD Klang Utara, semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 7 Oktober nanti bagi membantu siasatan,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kes terowong Guan Eng: Pembelaan dakwa tiga saksi ‘tak cakap benar’
January 17, 2023
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok