Polis tahan suspek kurang ajar belasah pengawal peribadi kerana berpuasa

April 14, 2021 · Isu semasa

Seorang majikan berbangsa Cina yang didakwa membelasah dua pengawal peribadi beragama Islam hanya kerana berpuasa sudah ditahan pihak polis awal malam tadi dan kertas siasatan sudah dibuka terhadap suspek.

Suspek dipercayai bernama Chung berusia 43 tahun membelasah mangsa dan rakannya sehingga mengalami kecederaan teruk pada tubuh badan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan suspek tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

”Mengikut fakta kes, semasa pengadu (mangsa) bersama kawannya bernama (Azminizam) berada kondominium itu, majikannya bernama Chung yang merupakan suspek telah bertanyakan kepada mangsa dan rakannya adakah mereka berdua berpuasa pada hari ini.

“Setelah pengadu memberitahu berpuasa, suspek telah memarahi pengadu dan telah menampar kepalanya sebelum pengadu bersama rakan sekerjanya mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang Selangor,” katanya dipetik portal MalaysiaGazette.

Kedua-dua mangsa tersebut bekerja dengan majikannya dibawah sebuah syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd, dimana kedua-dua mereka dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek itu.

Mangsa telah bekerja selama tiga tahun bersama suspek manakala rakannya sejak tujuh tahun lalu.

Insiden tersebut bermula di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.

Kejadian di rumah rakan majikan tersebut tidak berakhir disitu sahaja, mereka kemudiaan dibelasah dengan teruk menggunakan rotan sehingga berbirat dibelakang badan.

Dalam laporan tersebut juga menyebut tindakan majikan tersebut mengacukan sepucuk pistol kepada salah seorang rakan pengawal peribadi yang juga mangsa dengan kata-kata ugutan yang mengancam keselamatan diri dan keluarga mangsa.

Satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Balai Polis Klang pada jam 3 pagi.

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat
June 25, 2022· Isu semasa
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok