Polis tahan penyanyi 45 tahun pukul bekas isteri

April 20, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang penyanyi lelaki setelah didakwa memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya susulan satu perselisihan faham di Kota Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berumur 27 tahun.

“Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami.

“Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

“Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan lelaki terbabit di kediamannya, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Insiden tersebut tular di media sosial.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok