Polis tahan pemuda ugut baling mercun bola kepada PMX

April 28, 2023 · Isu semasa

Seorang pemuda ditahan di Kota Bharu hari ini selepas membuat ugutan untuk membaling mercun bola kepada Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis memandang serius dengan ugutan membaling mercun dibuat oleh pemuda tersebut dan disifatkan satu ugutan.

Pemuda berusia 24 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Binjal di sini pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek sudah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, pemuda berkenaan memuat naik kenyataan berbaur ugutan yang berbunyi ‘Boleh Pasang nanti bang Non Mai klate, Kasi ajar sikit’ untuk membaling mercun bom.

Kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri yang akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada 12 Mei ini.

Hasil semakan mendapati sumber asal posting tersebut telah dimuat naik oleh suspek di akaun Tiktok @najibnafi99 telah dipadam.

Berita berkaitan
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
12 jam lalu· Politik
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
14 jam lalu· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
15 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
15 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok