Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19

June 14, 2021 · Isu semasa

Polis menahan 48 pekerja warga asing yang positif Covid-19 di atas sebuah lori di kawasan Sungai Lalang, Bedong, Kedah kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, semua pekerja yang baharu sahaja dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama mereka.

Beliau berkata, polis mengambil tindakan segera selepas tular klip video dan gambar di media sosial yang menyiarkan sebuah lori membawa sekumpulan pekerja asing di sekitar Sungai Petani.

“Video yang berdurasi 19 saat tersebut telah tular dan menunjukkan beberapa individu yang berada di dalam lori tersebut dengan memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu.

“Ekoran dari itu pihak polis IPD Kuala Muda mengambil tindakan dengan mengesan serta-merta lori bersama individu yang dibawa seperti tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Adzli berkata lori terbabit berjaya dikesan dan ditahan berdekatan Sungai Lalang dekat Bedong.

“Siasatan awal dilokasi seramai 48 orang kes positif berada di dalam lori tersebut dalam keadaan tangan bergelang kuarantin dan sedang dalam perjalanan pulang dari Pusat Kesihatan Daerah Kuala Muda ke asrama pekerja kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan polis terdapat 135 pekerja kilang itu yang positif dan diarahkan oleh pejabat kesihatan untuk hadir bagi tujuan siasatan dan memakai gelang kuarantin.

Katanya, pihak kilang mengatur sebuah lori khusus untuk membawa semua 135 pekerja terbabit dengan tiga kali perjalanan ke pusat kesihatan daerah.

“Semasa lori tersebut dalam perjalanan ke pusat kesihatan, video dan gambar tersebut dirakam dan dimuat naik ke dalam media sosial hingga mengundang kegusaran awam,” katanya.

Adzli berkata, pemandu lori terbabit disaman atas kesalahan mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menggunakan lesen kenderaan motor bagi tujuan lain).

Katanya kertas siasatan juga turut dibuka membabitkan pengurus dan majikan kilang pemprosesan ayam itu mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 (kesalahan am tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa), dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan (perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Heitech Padu dapat kontrak RM66.84 juta daripada Kementerian Pertahanan
September 10, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok