Polis tahan lima pemandu mabuk

May 8, 2022 · Isu semasa

Polis menahan lima lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Selamat di sekitar kawasan Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata semua individu yang berumur antara 23 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Perundangan Trafik JBU sekitar jam 1 hingga 4 pagi.

“Kita bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap pemandu yang memandu melebihi paras alkohol yang dibenarkan dan operasi kali ini kita berjaya kesan lima pemandu mabuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Rupiah berkata dalam operasi berkenaan seramai 81 individu dan 60 kenderaan diperiksa.

“Pihak polis akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan dengan tegas demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihati pemandu agar sentiasa fokus dan berhati-hati di jalan raya sekali gus mengekalkan pemanduan yang selamat.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
13 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok