Polis tahan lima ‘keldai akaun’

July 8, 2022 · Isu semasa

Polis menahan lima lelaki disyaki menjadi “keldai akaun” sindiket penipuan dalam siri serbuan sejak Rabu lalu sehingga semalam di sekitar Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata serbuan itu hasil operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lalu.

“Dalam siri serbuan pada Rabu, polis menahan tiga lelaki berusia 19 tahun hingga 47 tahun di Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani di Kedah kerana menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan menyamar sebagai Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Berdasarkan siasatan, sindiket penipuan itu turut menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen membabitkan mangsa di beberapa buah negeri dan pinjaman tersebut diiklankan menerusi laman sosial Facebook serta aplikasi Wechat, ” katanya menurut Bernama.

Katanya siasatan juga mendapati jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa sindiket penipuan itu antara RM6,000 hingga RM88,500 dan melibatkan kes yang dilaporkan dari tahun 2018 hingga 2022.

Kamarul Rizal berkata manakala dalam dua serbuan semalam, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 40 dan 45 tahun di Butterworth dekat sini dan Ipoh, Perak.

Katanya siasatan mendapati dua lelaki itu disyaki dijadikan “keldai akaun” oleh sindiket penipuan pekerjaan sambilan dan pembelian motosikal dalam talian.

“Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa antara RM2,000 hingga RM16,710 membabitkan kes yang dilaporkan pada tahun 2020 hingga 2021. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penahanan lima lelaki itu,” katanya.

Katanya semua lima lelaki itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, Macau Scam, Parcel Scam serta Love Scam,” katanya.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Zarul akui bayar RM19 juta kepada orang tengah rapat dengan Najib
August 5, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Penipuan dalam talian direkodkan tertinggi setakat Julai tahun ini
August 4, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
59 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok