Polis tahan lelaki potong mayat ibu

June 5, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh dan memotong badan ibunya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 petang semalam.

“Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian dengan dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah hadir ke tempat kejadian dan menemukan 15 keratan bahagian tubuh badan yang telah dipotong,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia 68 tahun dan hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lepas setelah suami mangsa meninggal dunia.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

“Selain penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang digunakannya bagi melakukan pembunuhan tersebut,” katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
12 jam lalu· Isu semasa
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
14 jam lalu· Politik
PRU-15: BN Perak sokong PM bubar Parlimen tahun ini
June 22, 2022· Politik
Keganasan rumah tangga, hak kaum lelaki juga dilindungi
June 12, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
10 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
14 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok