Polis tahan lelaki miliki pistol

August 22, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki bersama sepucuk pistol, keris dan pedang di sebuah rumah di Taman Desa Bukit Ilmu, Kampung Air Belaga (B), Ulu Sat, Machang, dekat Kota Bharu, minggu lepas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Cawangan Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan pada 11.50 malam, Isnin.

Katanya selain pistol jenis Glock 19 Austria warna hitam lengkap dengan sebutir peluru di dalam ‘chamber’, turut ditemukan ialah empat butir peluru hidup dalam kelopak, dua bilah keris kecil, sembilan bilah pedang, satu bilah parang berhulu kayu, 185 biji pil disyaki dadah dan serbuk putih dipercayai dadah.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini beliau berkata suspek yang memiliki 10 rekod lampau termasuk kesalahan narkotik, dan didapati positif dadah jenis methamphetamine itu, direman sehingga 29 Ogos bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kes berasingan Muhamad Zaki berkata polis berjaya menahan 71 lelaki dan 21 wanita, semuanya pendatang tanpa izin dari Myanmar, di sebuah rumah di Kamping Belukar Pauh, Panji, di sini pada 4.40 pagi Selasa lepas.

“Turut ditahan tujuh lelaki tempatan berusia 17 hingga 43 tahun yang bertindak sebagai ‘penghantar’ selepas menerima arahan daripada seorang lelaki lain,” katanya dan menambah pada hari berikutnya seorang lagi ‘penghantar’ ditahan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Wakaf Che Yeh. – Bernama

Berita berkaitan
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
28 minit lalu· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu· Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023· Isu semasa
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
6 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
29 minit lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok