Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi

August 9, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini baru-baru ini, ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Rupiah Abd Wahid berkata peniaga warga tempatan berusia 23 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBU pada 12.45 tengah hari semalam, lapor Bernama.

Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis oleh ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan itu pada 6 Ogos lepas, yang turut menjelaskan bahawa lelaki terbabit adalah kenalan adik perempuannya.

“Menurut pengadu, ketika kejadian beliau bersama mangsa (bayinya), adik perempuan dan lelaki terbabit sedang berada di kedai makan.

“Tiba-tiba lelaki itu yang sedang memangku mangsa, dengan niat bergurau telah meletakkan vape yang tidak berfungsi pada mulut mangsa dan kejadian itu dirakam adiknya, seterusnya dimuat naik di laman media sosial oleh adiknya dan tular,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata susulan itu, pihaknya membuka kertas siasatan dan permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Rupiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata orang ramai turut dinasihati agar tidak mengeluarkan sebarang komen atau maklumat tidak benar dan bertanggungjawab menerusi media sosial, bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, video berdurasi 17 saat memaparkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi yang sedang dipangkunya itu, telah tular di media sosial serta mendapat kecaman serta reaksi daripada pelbagai pihak.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023 · Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok