Polis tahan lelaki lempar kucing jiran dari tingkat 15

October 19, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki tempatan semalam kerana disyaki melakukan pengkhianatan terhadap haiwan dengan mencampakkan tiga ekor kucing dipercayai milik jirannya dari tingkat 15 sebuah apartment Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata suspek lelaki berusia 44 tahun itu ditahan setelah polis menerima laporan pada Isnin lalu (17 Oktober 2022).

“Pada 17 Oktober 2022 (Isnin) jam lebih kurang 9.37 malam, polis IPD Petaling Jaya telah menerima laporan daripada pengadu yang menyatakan terdapat seorang lelaki telah bertindak mencampak tiga ekor kucing dari tingkat 15 sebuah apartment di Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya, Selangor.

“Bertindak atas laporan tersebut, polis telah pergi ke lokasi tersebut dan kerjaya menahan suspek lelaki warga tempatan berumur lebih kurang 44 tahun yang juga menyewa di apartment tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata polis turut menemui tiga ekor kucing yang tidak bernyawa bersama suspek.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat degan membuang kucing tersebut dari kediamannya,” katanya.

Mohamad Fakhruddin berkata suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok