Polis tahan guru taska disyaki dera kanak-kanak di Tampoi

May 11, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai didera guru taskanya di sebuah taska di Tampoi, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata satu laporan polis mengenai kejadian berkenaan telah dibuat oleh ibu kanak-kanak itu semalam susulan video kejadian dera itu tular menerusi media sosial, lapor Bernama.

Beliau berkata kanak-kanak itu yang merupakan seorang hiperaktif dan masalah lambat bercakap telah ditempatkan oleh ibu bapanya di taska berkenaan yang merupakan pusat jagaan untuk kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

“Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV) taska tersebut mendapati guru berkenaan telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini dan pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa telah mengalami lebam atas telinga kanan dipercayai didera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata susulan itu, pihaknya menahan seorang wanita berusia 24 tahun, yang merupakan guru di taska berkenaan di tepi Jalan Putih, Skudai, di sini malam tadi.

Beliau berkata wanita itu direman hingga 17 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563 122.

Berita berkaitan
Polis siasat penganjur perhimpunan solidariti Muhyiddin di Putrajaya
March 11, 2023· Isu semasa
Kamera badan dapat tingkat integriti anggota keselamatan, kata menteri
February 25, 2023· Isu semasa
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023· Isu semasa
PDRM alu-alukan sebarang maklumat berhubung lokasi Jho Low: KDN
October 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
33 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok