Polis tahan guru dera murid tadika

April 2, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang guru wanita di Muar, kira-kira 130 kilometer dari sini awal pagi ini, yang disyaki mendera empat muridnya di sebuah tadika swasta baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Aisten Komisioner Shahurinain Jais berkata wanita berusia lewat 50-an itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Muar kira-kira jam 2 pagi tadi.

Beliau berkata dua hari lepas salah seorang ibu kanak-kanak itu telah menerima rakaman video yang memaparkan kejadian anaknya didera oleh oleh guru berkenaan, lapor Bernama.

“Kejadian disyaki berlarutan sejak bulan November lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya wanita itu dipercayai bertindak kasar terhadap empat murid lelaki berusia lingkungan umur tiga hingga lima tahun, dan kesemua murid berkenaan telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pemeriksaan perubatan.

Shahurinain berkata wanita itu direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok