Polis tahan dua beradik samun wartawan semasa hari raya

May 7, 2022 · Isu semasa

Polis menahan dua beradik bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di Puncak Alam, lapor Bernama.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan 15 rekod jenayah orang dikehendaki polis berkaitan dadah manakala wanita itu pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Menurutnya pihaknya merampas beberapa barang kes yang dipercayai hasil kejadian samun termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek dalam kes itu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya esok bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Mashariman berkata dalam kejadian kira-kira 3.40 petang semalam, pengadu yang merupakan seorang lelaki berusia 30-an mendapati kereta miliknya yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan Damansara Perdana sedang dipecah oleh seorang suspek.

Beliau berkata suspek yang telah menendang cermin di bahagian penumpang hadapan kereta telah mengambil beg milik pengadu mengandungi komputer riba serta barangan peribadi lalu melarikan diri setelah menyedari kehadiran pengadu.

Pengadu telah mengejar suspek lalu berlaku pergelutan dan beg milik pengadu telah terjatuh dari kereta suspek.

Katanya pengadu telah mengalami kecederaan ringan dan kerugian dianggarkan RM500.

Terdahulu, tindakan pengadu cuba mengejar dan menangkap suspek ketika cuba melarikan diri telah tular menerusi satu rakaman video berdurasi 30 saat yang dirakam dan dimuat naik pengguna laman sosial TikTok yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
9 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
9 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok