Polis tahan dua ahli Parti Sosialis halang penjawat awam

April 13, 2022 · Isu semasa

Polis menahan dua lelaki dipercayai Ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana mengganggu ketenteraman awam dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas di sebuah lot tanah persendirian di Chepor, Chemor di Ipoh, hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan bahawa terdapat sekumpulan lelaki menghalang dan mengganggu kerja-kerja pembersihan tanah serta mengancam keselamatan pekerja pemilik tanah berhampiran Taman Chepor Impian itu pada kira-kira 8.35 pagi.

“Pasukan polis telah dihantar ke lokasi berkenaan dan kumpulan lelaki itu gagal membuktikan hak pemilikan ke atas tanah tersebut dan pegawai polis bertugas menasihatkan mereka supaya bersurai bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sedangkan mereka juga telah melakukan kesalahan pencerobohan.

“Setelah mendengar nasihat pihak polis, kebanyakan orang awam yang berkumpul di sana akur dan bersurai lalu beredar dari tempat kejadian namun dua lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai ahli PSM itu enggan bekerjasama dan tidak mahu beredar dari tempat kejadian malah melakukan provokasi kepada pegawai polis yang bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihak polis terpaksa menjalankan tangkapan ke atas kedua-dua individu berkenaan di bawah Seksyen 186 dan 447 Kanun Keseksaan setelah memberi amaran sebanyak tiga kali bagi mengelakkan mereka terus menghasut orang ramai mengganggu ketenteraman awam dan pencerobohan, lapor Bernama.

Terdahulu, laman Twitter rasmi PSM hari ini memuat naik gambar di lokasi kejadian dan memaklumkan aktivis parti itu ditahan polis apabila sedang mempertahankan tanah pertanian petani di Chepor Impian dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok