Polis tahan ‘Datuk’ bekas diplomat miliki ladang ganja di Janda Baik

May 24, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang bekas diplomat bergelar ‘Datuk’ selepas disyaki menanam dan memiliki ladang membabitkan 102 batang pokok ganja petang kelmarin di Janda Baik, Pahang.

Bekas diplomat yang dikatakan pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Asia Tenggara dan Timur Tengah, turut memprosesnya menjadi daun kering dan cecair untuk dijual kepada pelanggan tetap serta kenalan.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek mempelajari kaedah penanaman dan pemprosesan dadah itu melalu YouTube sahaja, manakala benih pokok itu diperoleh daripada ganja mampat yang dibelinya di sekitar Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku menanam pokok ganja itu sejak 2015 di kawasan seluas dua hektar di kediaman terpencil di Janda Baik, selain turut menggunakan lapan anjing menjaga ladang tanaman terlarang itu.

“Pemeriksaan di belakang garaj rumah itu membolehkan polis menemukan lima batas ditanam 60 pokok ganja dan lapan pokok di sebuah khemah.

“Polis turut menemukan 34 pokok tapak semaian menjadikan jumlah keseluruhan 102 pokok ganja ditemukan dengan nilai rampasan RM61,200,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, di Bentong, hari ini.

Memetik HM Ramli berkata, dalam serbuan itu, polis merampas daun kering ganja seberat 1.02 kilogram bernilai RM2,500, selain cecair botol ganja yang dijual RM250 sebotol kepada pelanggan tetap dan kenalan suspek.

Beliau berkata, susulan penahanan suspek itu, polis turut menahan anak lelakinya berusia 53 tahun di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 5.30 petang semalam.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah, namun mengaku menggunakan beberapa titisan cecair ganja itu ke dalam minumannya sejak tiga tahun lalu, manakala anaknya didapati positif dadah terbabit dan mengaku mula menagih sejak 2013 hingga sekarang.

“Suspek direman seminggu hingga Sabtu ini sementara anaknya akan dimohon reman hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Jururawat rugi RM20,000 diperdaya pelaburan saham
June 4, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok