Polis tahan dalang kes rogol 19 tahun lalu hasil siasatan profil DNA

June 11, 2022 · Isu semasa

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan seorang lelaki, kelmarin (9 Jun 2022), yang dipercayai mendalangi perbuatan rogol 19 tahun lalu di Bagan Serai, Perak, sekali gus berjaya menyelesaikan kes itu.

Pengarah JSJ Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan menerusi maklumat yang diperoleh daripada data profil asid deoksiribonukleik (DNA).

“Berbekalkan maklumat yang diperoleh daripada data profil DNA, JSJ Bukit Aman sekali lagi berjaya menangkap seorang lelaki berumur 40 tahun bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku pada 2003 di Bagai Serai, Perak.

“Tangkapan telah dilakukan pada 9 Jun 2022 kira-kira jam 9.30 malam di bagan Serai.

“Suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian selama empat hari bermula 10 Jun (semalam) hingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abd Jalil berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan mendapatkan arahan bagi tujuan pertuduhan.

“PDRM akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mengesan dan menahan penjenayah meskipun menghadapi kekurangan maklumat pada awal siasatan.

“Ini termasuk menggunakan kaedah saintifik melalui data profil DNA bagi mengenal pasti identiti suspek untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kegiatan jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa.

Berita berkaitan
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
16 jam lalu· Isu semasa
Dua saksi dicari bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia
May 30, 2023· Isu semasa
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok