Polis tahan ‘Apiez Bond’ ancam, ugut Ketua Hakim Negara

August 20, 2022 · Isu semasa

Pasukan khas pegawai dan anggota polis Bukit Aman menahan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Apiez Bond’ menerusi akaun Facebook yang dikesan membuat ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Puchong, Selangor, pada jam 11.15 malam.

Beliau berkata pihak polis turut merampas satu unit telefon bimbit berserta kad sim.

“Telefon bimbit dan kad sim itu dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan.

“Suspek kini direman empat hari bermula 20 Ogos (semalam) hingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Skandaguru berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana cuba menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar rangkaian atau kemudahan rangkaian, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyiasat sebarang ugutan yang dibuat terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan di pelbagai platform media sosial, termasuk Twitter dan Facebook, sejak malam Khamis (18 Ogos).

Acryl Sani berkata perbuatan itu adalah satu perkara yang serius dan siasatan berhubung ugutan sedemikian sedang dijalankan walaupun tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk memulakan siasatan dan meneliti setiap bentuk ugutan terhadap Ketua Hakim Negara. Siasatan turut melibatkan Unit Siasatan Khas JSJ,” katanya.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok