Polis tahan 3 warga Indonesia bantu siasat pembunuhan seorang lelaki Bangladesh

April 16, 2022 · Isu semasa

Tiga lelaki warga Indonesia termasuk seorang pemastautin tetap ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh dimana mayatnya ditemui di tepi Jalan Sepang-Salak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua individu berusia antara 24 dan 50 tahun ditahan dalam satu serbuan kira-kira 1 pagi tadi di Padang Jawa, Shah Alam, lapor Bernama.

Wan Kamarul Azran berkata menerusi risikan polis, mangsa berumur 25 tahun, mempunyai seorang teman wanita warga tempatan yang pernah berkahwin dengan seorang warga asing dan mempunyai tiga orang anak.

Tambahnya lagi, wanita tersebut diceraikan suaminya pada Ogos 2021 setelah dia diapati berkawan dengan mangsa sewaktu bekas suaminya itu pulang ke Indonesia susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mangsa ditemui Jumaat lalu di tepi Jalan Sepang Salak dengan kesan kecederaan di perut serta tangan terikat dengan wayar kabel.

Wan Kamarul Azran berkata pembunuhan mangsa dipercayai bermotifkan cemburu dan dendam.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok