Polis tahan 11 ahli sindiket Along

July 31, 2022 · Isu semasa

Seramai 11 individu dipercayai ahli sindiket along yang melakukan khianat menggunakan api dan menyimbah cat terhadap rumah mangsa yang gagal membayar pinjaman, ditahan dalam serbuan di sekitar Pelangi Indah di sini ini dan Iskandar Puteri, pada 28 dan 29 Julai lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata 10 warga tempatan terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita serta seorang lelaki Indonesia berusia antara 19 hingga 46 tahun, dipercayai ahli daripada dua sindiket yang berbeza, ditahan hasil risikan dan maklumat orang awam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati ahli sindiket menerima upah sebanyak RM450 hingga RM800 dan ada antaranya turut didapati meminjam wang dan bekerja dengan sindiket tersebut bagi melunaskan hutang mereka.

“Kita dapati ada (individu yang meminjam wang) yang terjebak (sindiket along) menjadi penyimbah cat dan khianat dengan api kerana tidak mampu bayar dan tidak ada kerja selepas buat pinjaman along untuk jelaskan hutang dan jumlah hutang itu akan ditolak.

“Kita mahu sindiket sebegini tahu bahawa kes seperti ini kita ambil berat dan kegiatan ini akan dibanteras,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi tangkapan itu pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 10 kes khianat dengan api dan simbah cat di negeri ini serta tiga kes lagi di Seremban, Negeri Sembilan.

Kamarul Zaman berkata dua sindiket itu masing-masing menyasarkan pekerja Malaysia di Singapura sebagai mangsa dengan mengiklankan tawaran pinjaman di Facebook.

Beliau berkata sindiket itu memberikan pinjaman tanpa persetujuan mangsa dan memaksa mereka untuk membuat bayaran dengan kadar faedah yang tinggi serta membuat ugutan dengan menyimbah cat atau menggunakan api.

Kesemua 11 individu itu direman selama seminggu bermula semalam (30 Julai) di bawah Seksyen 177 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – Bernama

Berita berkaitan
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022· Politik
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta
August 7, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
2 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok