Polis sudah tahan anggota tentera cabul kehormatan

October 8, 2021 · Isu semasa

Polis sudah menahan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah premis vape di Taman Keramat di sini, Selasa lepas.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata individu berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Setiawangsa di sini pada 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen di sini dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.

“Ujian saringan turut dibuat dan mendapati suspek negatif dadah manakala uniform suspek dipercayai dipakai semasa kejadian turut dirampas,” katanya.

Mohamad Farouk berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihaknya ke atas suspek yang direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 minit lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
27 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
23 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok