Polis sudah mohon dokumen dari Singapura siasat suami Zeti

September 13, 2022 · Isu semasa

Polis telah mengemukakan permohonan mengikut Mutual Legal Assistance (MLA) kepada pihak berkuasa Singapura bagi mendapatkan dokumen dan keterangan berhubung siasatan ke atas suami bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Dr Tawfiq Ayman.

Permohonan itu mengikut MLA dibuat bagi membolehkan dokumen dan keterangan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diterima oleh mahkamah Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis sudah mengemuka permohonan mengikut MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura pada 22 April lalu.

“PDRM sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun untuk memastikan dokumen dan keterangan tersebut boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses MLA yang dikendalikan Pejabat Peguam Negara.

“Pada April 2022, PDRM telah mengemuka permohonan di bawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura,” katanya hari ini memetik laporan BH.

Pada April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan ke atas Tawfiq.

Kamarudin berkata pasukan penyiasat PDRM sudah berbincang dengan Commercial Affair Department (CAD) Singapura pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Tawfiq yang juga suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat susulan dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB, namun beliau menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Tawfiq mendakwa, beliau tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng, jauh sekali bertemu dan berkomunikasi dengan mereka.

Kenyataan itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, awal tahun ini.

Dalam perbicaraan itu, Leissner dilaporkan menyebut kegiatan rasuah membabitkan Tawfiq mengenai projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Sebelum ini, SPRM dalam laporannya mendedahkan, sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil semula dari Singapura, yang disimpan syarikat milik Tawfiq.

Siasatan ke atas Tawfiq itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kenyataan Tawfiq dan seorang anaknya dirakam pada April tahun lalu.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
15 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok