Polis sudah ambil keterangan 19 aktivis perhimpunan haram di KL

January 25, 2022 · Isu semasa

Polis telah mengambil keterangan 19 aktivis yang menghadiri perhimpunan haram di sebuah restoran dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, Kuala Lumpur setakat jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata daripada jumlah itu, sembilan aktivis dikenal pasti menyertai perhimpunan di LRT Bangsar pada Sabtu, manakala bakinya adalah mereka yang hadir pada perhimpunan di sebuah restoran pada Jumaat.

Katanya, seramai 94 peserta dan aktivis serta 12 pengunjung awam di kenal pasti menghadiri perhimpunan di dua lokasi tersebut, namun tiada tangkapan dibuat, lapor Bernama.

“Keterangan daripada saksi dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah selepas arahan diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur.

“Gambar tempat kejadian, gambar aktivis yang memberikan ucapan dan video semasa perhimpunan juga telah dirakam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Amihizam berkata dua kertas siasatan dibuka mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Kanun Keseksaan dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 berhubung perhimpunan tersebut.

Katanya, siasatan mendapati perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda protes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Terdahulu, beberapa aktivis dan pemimpin parti politik hadir pada 2.10 petang tadi dengan diwakili peguam masing-masing bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields susulan penyertaan mereka dalam himpunan #TangkapAzamBaki.

Antara yang hadir, Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pemuda DAP Howard Lee, Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dr Thanussha Francis Xavier, Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz; Ketua Pejuang Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Zubair Rahim dan Pengarah Strategik Pemuda Amanah, Asmaalif Abdul Adam.

“Polis menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok