Polis siasat video tular warga asing hina Nabi

June 15, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung penularan video di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata rakaman menerusi akaun @gangarammahato280 tersebut memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves, lapor Bernama.

“Rakaman video berdurasi seminit 18 saat yang mendapat 16,000 tontonan, 52 sukaan dan 302 komen turut dikesan menerusi aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.

“Ia berhubung perjuangan Hindu Samachar serta tindakan ahli politik daripada Parti Bharatiya Janata, Nupur Sharma yang mengeluarkan kenyataan penghinaan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.

Menurutnya siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan tidak menyentuh sensitiviti agama serta kaum selain mengingatkan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang sengaja berbuat demikian.

Berita berkaitan
Seorang lelaki ditahan muat naik hantaran menghasut dalam TikTok
May 22, 2023· Isu semasa
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
16 laporan polis sudah diterima berhubung penceramah hina institusi beraja
March 16, 2023· Isu semasa
Polis siasat penganjur perhimpunan solidariti Muhyiddin di Putrajaya
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok