Polis siasat Tajuddin tak pakai pelitup muka

May 26, 2021 · Isu semasa

Polis akan memanggil Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkaitan isu tidak memakai pelitup muka ketika sidang media nahas Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bukan itu sahaja, malah semua pihak yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Pada 25 Mei 2021, satu siasatan telah dijalankanke atas video yang tular di media sosial di mana menunjukkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media setelah selesai meninjau insiden kemalangan melibatkan tren di Stesen LRT KLCC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, dan Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat pendakwa raya apabila siasatan selesai dijalankan.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu. tular Tajuddin dikritik ramai susulan tindakannya yang hanya memakai face shield (pelindung muka) tanpa pelitup muka ketika berada di dalam tren dan mengadakan sidang media

Menurut Public Health Malaysia pemakaian pelindung muka tidak mengantikan fungsi pelitup muka, sebaliknya ia hanyalah perlindung tambahan bersama pelitup muka.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok