Polis siasat sijil vaksin palsu terdapat di negeri lain: Acryl

January 12, 2022 · Isu semasa

Kegiatan penjualan sijil palsu vaksinasi Covid-19 berkemungkinan berlaku juga di negeri lain dan polis akan menyiasat berhubung perkara tersebut, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl tidak menolak wujud aktiviti dalam kalangan pengamal perubatan terlibat di negeri lain dan mengarahkan dua jabatan bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan membongkar sebarang kegiatan sedemikian.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan melakukan risikan bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Beliau menegaskan, PDRM memandang serius kegiatan seumpama itu yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara ini.

“Setakat ini, PDRM menerusi Polis Kontinjen Terengganu, telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti serta menahan seorang individu di Marang, berkaitan kes penawaran sijil vaksinasi yang palsu.

“Kita belum pasti sama ada perkara sedemikian turut berlaku di negeri lain, namun siasatan dan risikan sedang dijalankan,” katanya hari ini.

Beliau terdahulu menghadiri Program Pendidikan dan Kemahiran Awal Murid Autisme di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, isu berkenaan wajar dipandang serius dan harus ditangani secara menyeluruh kerana ia menghalang usaha kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.

“Kita tidak mahu melihat langkah kerajaan untuk membendung wabak ini terhalang dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Semalam, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini, hanya satu kes disyaki penjualan sijil palsu vaksinasi Covid-19 dikesan.

Suspek merupakan seorang pengamal perubatan berusia 51 tahun yang ditahan di Marang, Terengganu, kerana disyaki menjalankan kegiatan penjualan sijil vaksinasi tanpa memberi suntikan imunisasi berkenaan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
24 jam lalu· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
24 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok