Polis siasat Rafizi berhubung ‘fitnah’ terhadap menteri tugas-tugas khas

August 31, 2022 · Isu semasa

Polis Kuala Lumpur hari ini (31 Ogos 2022) mengesahkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kini dalam siasatan kerana didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berhubung skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Katanya siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

“Siasatan dijalankan selepas laporan polis dibuat terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan oleh pembantu Dr Abdul Latiff.

“Rafizi Ramli akan dipanggil untuk mendapatkan keterangannya awal bagi membantu siasatan kami,” kata Beh memetik laporan MalayMail.

Laporan polis yang dibuat semalam berhubung tuduhan Rafizi di blognya dan pelbagai platform media sosial, dibuat semalam.

Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, pegawai khas Dr Abdul Latiff, telah menyiarkan video di YouTube, mengatakan beliau telah diarahkan untuk membuat laporan polis kerana Rafizi telah mencemarkan nama baik Ahli Parlimen Mersing itu dengan dakwaan berulang isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh, yang telah menerima kontrak daripada Kementerian Pertahanan bernilai puluhan juta ringgit.

Sayed Ahmad Muizzuddin dalam laporan polisnya mendakwa Rafizi telah membuat kenyataan fitnah dalam empat catatan blog, tujuh catatan Twitter, dan satu video TikTok.

Rafizi sendiri telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa membuka siasatan terhadap Dr Abdul Latiff dan individu yang dikatakan isteri keduanya.

Rafizi meuduh Zainab Mohd Salleh adalah isteri kedua Dr Abdul Latiff dan pemilik Alizes Marine Ltd, sebuah syarikat yang disalurkan dana LCS dan yang disebut di dalam Panama Papers dan Paradise Papers, dua senarai kontroversi yang kononnya membocorkan maklumat bagaimana syarikat luar pesisir menyembunyikan wang yang diperoleh daripada aktiviti haram di seluruh dunia.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini banyak memetik laporan siasatan yang telah dinyahklasifikasikan sebagai sulit, dan memuat naik di laman media sosialnya seolah-olah dia yang membuat pendedahan berhubung skandal itu.

Berita berkaitan
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022· Politik
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
14 minit lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
21 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
1 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok