Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi

September 23, 2022 · Isu semasa

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang didera sepanjang empat bulan berada di pusat itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada lelaki terbabit pada bulan lepas.

“Saya mengesahkan polis menerima satu laporan berhubung perkara ini, siasatan masih dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini (23 September 2022), lapor Bernama.

Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin dalam kenyataan hari ini menafikan dakwaan madrasah Darussolihin yang ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan penderaan ala militan kepada penghuninya.

Menurut kenyataan itu, selain menekankan ilmu agama, madrasah ditubuhkan sejak 2007 melaksanakan program pemulihan dan perlindungan terhadap individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta masalah sosial.

Sebelum ini, bekas penghuni madrasah tersebut yang ingin dikenali sebagai Haris, 20, ketika ditemui pemberita hari ini mendakwa dia dan beberapa penghuni lain berusia lingkungan 19 hingga 30-an dikurung di dalam bilik gelap, didera secara fizikal dan mental serta mengalami gangguan seksual sepanjang menerima rawatan di madrasah itu.

Sementara itu, media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, beliau dimaklumkan perkara itu kini dalam siasatan pihak berkuasa (Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam).

“Saya dimaklumkan siasatan sudah dijalankan oleh pihak berkuasa dan pihak berkuasa sudah mengambil semua maklumat daripada pihak pengadu dan juga pihak yang diadu.

“Setakat ini pihak Darussolihin sudah membuat laporan polis, memberikan semua kenyataan dan maklumat yang diperlukan pihak berkuasa.

“Jadi kami rasa biarlah pihak berkuasa yang membuat pertimbangan dan keputusan dan tidak membuat apa-apa spekulasi kepada apa-apa yang belum diputuskan,” katanya dalam sidang media di Darussolihin hari ini.

Berita berkaitan
Polis buka kertas siasatan himpunan bantah penarikan rayuan kalimah Allah
May 20, 2023· Isu semasa
Kes Bella: Siti Bainun kena penjara 12 tahun
May 3, 2023· Isu semasa
Nasib Siti Bainun diketahui esok
May 2, 2023· Isu semasa
Hampir pengsan berebut baju raya RM1 di Seksyen 7 Shah Alam
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
5 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
13 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok