Polis siasat penganjur serah memorandum pengampunan Najib

August 25, 2022 · Isu semasa

Siasatan dijalankan polis terhadap kumpulan penganjur perhimpunan semalam yang menyerahkan memorandum pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan hukuman penjara pada Selasa lalu.

Kumpulan tersebut dikenali sebagai Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) semalam berhimpun di luar Pintu 3 Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim semalam untuk meminta Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Najib yang dihukum penjara 12 tahun bersabit kes penyelewengan dana, SRC International Sdn Bhd.

Siasatan yang dijalankan itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor kerana penganjur tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Katanya, pada jam 2 petang semalam, ketika sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Balai Polis Travers menjalankan penugasan kawalan keselamatan serta pemantauan didapati terdapat perhimpunan penyerahan memorandum dengan dianggarkan seramai 300 orang berpakaian serba hitam berkumpul sambil melaungkan slogan ‘Hidup Najib dan Bossku.’

“Kertas siasatan akan dibuka dan penganjur akan dipanggil bagi memberi keterangan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada sama ada perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur.

“Pihak Polis juga menyeru orang ramai supaya tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok