Polis siasat penganjur perhimpunan solidariti Muhyiddin di Putrajaya

March 11, 2023 · Isu semasa

Polis telah mengenal pasti penganjur dan beberapa individu yang menganjurkan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Beliau berkata polis juga telah membuka kertas siasatan kes berkenaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dan kami akan panggil mereka yang terlibat untuk diambil keterangan kes ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Town Hall Discussion sempena Hari Polis ke-216 di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Muhyiddin dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Pada hari yang sama, beliau ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Berita berkaitan
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
1 jam lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
30 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok