Polis siasat penganjur himpunan bendera hitam di Dataran Merdeka

July 17, 2021 · Isu semasa

Penganjur terlibat dalam himpunan bendera hitam di Dataran Merdeka hari ini berdepan siasatan pihak polis ia susulan tindakan kumpulan tersebut melanggar operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Dianggarkan kira-kira 20 individu menyertai himpunan tersebut dan mengibarkan bendera hitam serta membawa patung mayat berbalut kain kafan sebagai tanda bantahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mereka yang terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dikenakan kompaun.

“Melalui siasatan awal, kita sudah mengenal pasti tiga individu yang dipercayai bertindak sebagai penganjur perhimpunan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kumpulan yang terdiri daripada 20 individu itu didapati mula berkumpul pada pukul 2.55 petang dengan membawa bendera hitam dan beberapa barangan lain.

Semasa himpunan itu berlangsung dilancarkan puisi sebagai bantahan kerana pihak terlibat yang gagal menangani Covid-19.

Kumpulan itu diketuai Sekretariat Solidariti Rakyat yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang, AMANAH dan PKR.

Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP PKP diketuai Superintendan Naazron Abdul Yusoff telah ke lokasi perhimpunan dan mengarahkan kumpulan itu bersurai.

Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di lokasi perhimpunan tersebut

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
21 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
21 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok