Polis siasat penduduk Sabah direkrut sokong kesultanan Sulu

July 28, 2022 · Isu semasa

Polis sedang menyiasat dakwaan bahawa pihak tertentu sedang merekrut “penduduk Sabah” di Lahad Datu untuk menyokong individu yang melantik dirinya sendiri sebagai pewaris kesultanan Sulu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat laporan polis yang dibuat di Lahad Datu mengenai dakwaan itu.

“Apa yang saya boleh katakan ialah kita sedang menyiasat, dan ada laporan dibuat di Lahad Datu,” katanya hari ini (28 Julai).

Dalam laporan yang dibuat oleh Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) dengan polis Kota Kinabalu semalam, penyelaras MHO Sabah Jerry Jaimeh menggesa polis menyiasat dakwaan tindakan merekrut penduduk tempatan di Lahad Datu untuk mengisytiharkan taat setia kepada kesultanan Sulu.

Katanya, beliau telah menerima beberapa mesej WhatsApp yang mengandungi borang yang kelihatan seperti dokumen pengenalan diri kononnya kesultanan Sulu dan juga sijil kesetiaan individu dari Sabah.

“Mereka menggunakan WhatsApp untuk menyediakan dokumen pengenalan diri bagi menyatakan taat setia kepada kesultanan Sulu,” tambahnya.

Jerry berkata, kegiatan seperti itu mengancam kedaulatan negara.

Jerry berkata pihak berkuasa perlu segera menyiasat dakwaan untuk mengekang kejadian serangan pengganas Sulu pada 2013 di Lahad Datu, daripada berulang.

Menurutnya, MHO mengecam segala usaha dan tindakan mana-mana pihak untuk merekrut kumpulan bagi menyokong kesultanan Sulu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022· Politik
Popular
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
MB Kedah tak ‘test drive’ kereta, semua itu fitnah baharu: Setpol
June 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
1 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
7 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
15 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok