Polis siasat laporan terhadap Tok Mat hina agama Hindu

July 13, 2022 · Isu semasa

Polis akan menyiasat Datuk Seri Mohamad Hasan ekoran terdapat satu laporan yang mendakwa Timbalan Presiden UMNO itu mengeluarkan kenyataan menghina agama Hindu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, ia susulan satu laporan yang dibuat terhadap pemimpin utama UMNO itu hari ini oleh Sayap bersekutu Bersatu.

“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini dipetik laporan Utusan Malaysia.

Awal hari ini, Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, S Gobi Krishnan membuat laporan terhadap Mohamad atau dikenali Tok Mat selepas dilihat seakan tidak mempunyai rasa bersalah dan meminta maaf terhadap kenyataannya sebelum ini.

“Saya nak beritahu Tok Mat, berdiam diri tidak akan selesaikan masalah.

“Mari ke depan. Kalau Tok Mat tak mahu, kita sendiri akan berjumpa dia. Kita minta pihak polis ambil tindakan,” katanya semasa sidang media selepas membuat laporan polis.

Dalam wawancara dengan Asia Times baru-baru ini, Mohamad menyebut tentang “kavadi besar” untuk menjelaskan kekalahan UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Mohamad juga dipercayai keliru mengenai sambutan Deepavali dengan Thaipusam apabila menyentuh mengenai “kavadi”

“UMNO dikalahkan pada PRU 2018 bukan kerana UMNO tidak menjaga rakyat tetapi UMNO mempunyai “kavadi besar”, kamu tahu kavadi?

“Apabila orang Hindu merayakan Deepavali. Mereka membawa kavadi besar ini. Bagasi besar ini,” kata Mohamad dipetik dalam audio rakaman wawancara tersebut.

Dalam pada itu, S Gobi menggesa polis supaya menyiasat Mohamad di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidaktenteraman awam dan perasaan benci sesama kaum dan agama serta Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya akan serahkan bukti video dan audio kenyataan beliau,” katanya.

Mengulas lanjut, S Gobi memuji pemimpin-pemimpin dalam Bersatu yang lebih memahami dan menghormati kaum bukan Melayu.

“Pemimpin tertinggi UMNO seperti ini, saya pelik apa nak jadi.

“Saya nak puji pemimpin-pemimpin Melayu dalam Bersatu, mereka lebih memahami dan menerima kami.

“Saya minta pemimpin UMNO ini belajar daripada Bersatu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
4 minit lalu· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
5 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
5 jam lalu· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
15 jam lalu· Politik
Popular
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
MB Kedah tak ‘test drive’ kereta, semua itu fitnah baharu: Setpol
June 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
1 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
7 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
15 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok