Polis siasat isu bantuan mangsa banjir di Segamat

January 10, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat isu pemberian bantuan mangsa banjir di Daerah Segamat yang dibangkitkan oleh seorang ahli politik dan disiarkan dalam satu sidang media secara langsung di platform media sosial kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya melakukan siasatan susulan laporan polis yang diterima berhubung siaran langsung itu, lapor Bernama.

“Dalam sidang media tersebut, ahli politik berkenaan telah menyentuh isu berkaitan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.

“Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat-pejabat daerah telah mengeluarkan tatacara, prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan demi kebaikan semua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menjelaskan lebih lanjut, Khaw berkata pihaknya tidak beranggapan bahawa mana-mana sukarelawan daripada badan bukan kerajaan atau parti politik yang memberikan bantuan adalah merupakan suatu kesalahan undang-undang.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang secara adil dan saksama untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau tidak,” katanya.

Khaw menjelaskan susulan itu, pihaknya bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan atas laporan polis yang diterima dan hasil siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sebelum pertuduhan dibuat.

Beliau pada masa sama menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan seperti media sosial atau platform lain untuk melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengganggu- gugat ketenteraman dan keselamatan awam berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang penjawat awam, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok